Thursday, September 26, 2013

Orang Yang Pertama | Sejarah Islam

  Salam alaik'

kali ni nak share sedikit tentang 30 orang pertama dalam sejarah islam.. rata-rata kanak-kanak diajar tentang "siapakah pencipta telefon?" Siapa yang mencipta kapal terbang? "Siapa yang Mencipta Mentol"

tapi jarang-jarang untuk orang mewar-warkan siapa yang tulis Bismillah, Siapa yang pertama masuk syurga atau siapa yang pertama yang akan dibangkitkan dari hari kiamat.

justeru itu, ini adalah sedikit perkongsian dari saya . .

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
     Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
     Nabi Ismail AS. 

3. Orang yang pertama berkhatan : 
     Nabi Ibrahim AS.


4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
     Nabi Ibrahim AS.


5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : 
     Nabi Adam AS.


6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
    Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : 
     Nabi Muhammad SAW.


8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : 
     Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : 
     Umar bin Al-Khattab RA.


10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : 
       Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : 
       Thuwaibah RA.

 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
        Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :                     Sumayyah binti Khabbat RA.


14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : 
      Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah
       Saad bin Abi Waqqas RA.


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: 
       Bilal bin Rabah RA


17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : 
       Ali bin Abi Tholib RA.


18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : 
       Tamim Ad-dary RA.


19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :       Az-Zubair bin Al-Awwam RA.


20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : 
       Ibban bin Othman bin Affan RA.


21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : 
       Khadijah binti Khuwailid RA.


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
       Imam Syafei RH.


23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:  
       Ali bin Abi Tholib RA.


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 
       Muawiyah bin Abi Sufyan RA.


25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : 
       Harun Ar-Rasyid RH.


26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
       Umar Al-Khattab RA.


27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : 
       Ali bn Abi Tholib RA. 


28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : 
       Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.


29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : 
       Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
       Nabi Muhammad SAW. 

Sumber dari : facebook =)

No comments:

Post a Comment