Monday, May 22, 2017

7 tips bawa anak kecil ke masjid untuk solat terawih tanpa mengganggu jemaah lain. Semoga dapat beribadah dengan tenang ya!





Bulan Ramdhan sudah pun tiba bagi tahun 2017, makanya ibu bapa pon nak bersiap kan diri untuk beramal ibadat dan menyediakan keluarga untuk menghadapai Ramadhan Mubarak



  • Lihat Mood Anak Kecil Sebelum Ke Masjid

Ini akan mempengaruhi tindakan serta cara kelakuan mereka.

Jika kanak-kanak masih kecil, hiperaktif, susah dikawal dan sering mengganggu jemaah, maka lebih elok tidak di bawa ke masjid.


  • Cari Tempat Yang Selesa Semasa Di Masjid
Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Untuk keadaan sebegini, disyorkan ibubapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali. Cara ini lebih mudah untuk anda memantau anak anda dari semasa ke semasa


  • Kedudukan Kanak-Kanak Dalam Saf Solat

Menurut Syed Hussaini lagi, meletakkan kanak-kanak di antara saf lelaki dewasa tidak akan memutuskan saf jemaah, seperti andaian beberapa pihak. 

Ia berikutan di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sebuah hadis yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka. 

Jelas beliau, Al-Imam al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya  al-Hawi al-Kabir menukilkan mengenai permasalahan di atas:

“dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat."

Menurut beliau lagi, mereka tidak mengetahui salah seorang dari ulama’ yang mengatakan terputusnya saf kerana wujudnya kanak-kanak di dalam saf tersebut. Namun, kanak-kanak mampu berdikari, eloklah diletakkan mereka di saf kanak-kanak. Lebih elok jika setiap masjid mempunyai penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin


  • Menasihati Sejak Di Rumah

Sebelum berangat lagi, anak-anak perlu diingatkan supaya berkelakuan baik di masjid. Ini akan memberi ruang kepada mereka untuk bersedia Jika mereka berbuat bising, panggil mereka berdekatan dengan anda dan nasihatkan mereka dengan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengkasari, serta tidak memukul kanak-kanak.


  • Dukung Anak Kecil Yang Menangis Atau Mengganggu


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujudnya kerana cucunya Hasan dan Husein telah memanjat di belakang baginda SAW dan bermain-main di atas belakang baginda SAW. Ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad.

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Ansori RA, baginda SAW bersabda

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 845]


  • Bawakan Mainan Yang Tidak Menarik Perhatian Jemaah
Apabila membawa anak kecil, kadangkala mereka mudah penat dan berasa bosan. Maka, anda boleh bawakan sesuatu untuk mengisi masanya, agar tidak mudah merengek keletihan. Namun, pastikan barangan tersebut tidak terlalu menarik perhatian atau berbunyi bising hingga mengganggu jemaah lain. Antara yang disyorkan untuk anak kecil adalah seperti

  1. Softbook
  2. buku mewarna,
  3. Soft toy
  4. bantal, atau selimut kesukaan mereka.


  • Jangan Expect Mereka Boleh Duduk Diam

Kids will always be kids. Mereka adalah fitrah dan mereka tidak boleh diharapkan agar berperangai seperti orang dewasa. Oleh itu, sentiasa perhatikan kondisi anak anda di antara 2 rakaat tarawih tersebut Jika mereka mengganggu atau mula kelihatan letih, nasihati mereka Anak-anak selalu terlupa dan perlu dinasihati berkali-kali.




  • Berhenti Solat Sunat Terawih Jika Terpaksa  
Jika anak anda mula meragam dan menangis sekuat-kuatnya semasa solat terawih, anda boleh mendukungnya, atau jika terpaksa, bolehlah menghentikan solat serta-merta. Tindakan ini tidak salah kerana solat terawih adalah solat sunat, manakala tangisan anak atau gangguan yang melampau pula dikhuatiri akan mengganggu konsentrasi imam atau jemaah lain. Jika anda dapat solat sekadar 2 atau 4 rakaat sahaja, tidak mengapa. Menurut ulasan daripada Dr Maza, tiada rakaat sebenarnya yang ditetapkan untuk solat terawih:

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah.

Tidak Salah Solat Terawih Di Rumah
Jika anda mahu membiasa akan dengan solat di masjid, anda boleh selalu berbuat demikian lagi pada masa akan datang walaupun di luar bulan Ramadhan.
Malah, tips bawa anak kecil ke masjid ini mungkin lebih mudah untuk dilakukan pada hari-hari biasa kerana bilangan jemaah yang kurang.
Bagi yang tidak mempunyai anak kecil lagi, jangan pula mengkritik mereka yang membawa anak-anak.

Sebaliknya, raikanlah anak-anak ini dan permudahkanlah urusan keluarga tersebut dalam menunaikan hasrat beribadah di bulan yang mulia.


Semoga anak-anak tersebut membesar menjadi anak-anak yang cintakan Islam dan masjid!


______________________________________________

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda

No comments:

Post a Comment